![]() |
| Lovely FAMILY |
Hibah
merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu
yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub
lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat.
Menurut
Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda
boleh menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful anda sebagai
pelaksana atau sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat selepas anda
meninggal dunia. Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat
adalah satu peruntukan istimewa untuk memastikan orang tersayang anda menerima
manfaat anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang berpanjangan atau
menunggu untuk harta diagihkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka anda di
samping aset-aset anda yang lain.
Kelebihan hibah bersyarat
dalam takaful
Apabila anda
menamakan benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat kematian takaful anda
akan dikecualikan daripada faraid secara automatik (pembahagian aset dan harta
pusaka menurut undang-undang perwarisan Islam) selepas anda meninggal dunia.
Proses ini boleh menjadi proses yang merumitkan dan memakan masa yang lama untuk
dilaksanakan. Dengan menamakan benefisiari, anda boleh memastikan orang
tersayang menerima manfaat sijil takaful anda tanpa perlu melalui prosedur
pewarisan yang panjang.
Walau
bagaimanapun, di bawah hibah bersyarat, anda boleh menjadikan mereka sebagai
penerima manfaat kematian sijil takaful anda yang akan mengecualikan
manfaat-manfaat yang sama itu daripada pengagihan harta pusaka anda. Ini
memberikan akses langsung kepada penama untuk mengakses manfaat kematian anda
dan membenarkan mereka untuk menggunakan dana tersebut menurut budi bicara
mereka.
Secara
alternatifnya, anda juga boleh menyerahkan hibah anda kepada pelaksana, yang
kemudian bertanggungjawab untuk mengagihkan manfaat kematian takaful anda
menurut faraid.
Meninggalkan
hibah kepada keluarga anda boleh memberi anda ketenangan minda, khususnya
mengetahui bahawa orang tersayang anda akan dijaga dan tidak akan mengalami
masalah kewangan kerana pemergian anda. Keluarga anda juga, akan berasa
bersyukur kerana mempunyai penimbal kewangan untuk menampung kehidupan mereka
semasa mereka kembali menjadi stabil.
Manfaat
hibah terbaik dengan PruBSN WarisanPlus
Jika anda mencari
suatu pelan komprehensif perlindungan tinggi yang merangkumi manfaat kematian
yang boleh dihadiahkan kepada orang tersayang anda sebagai hibah berserta
perlindungan kemalangan, anda perlukan PruBSN WarisanPlus.
Pelan
takaful ini direka dengan tujuan untuk memberikan jaminan dan perlindungan
untuk anda dan orang tersayang. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100
sebulan, anda akan mendapat akses pada jumlah perlindungan minimum sebanyak
RM350,000* apabila anda meninggal dunia atau mengalami ketidakupayaan kekal.
Selain itu, keadaan kematian anda tertentu yang berlaku kerana kemalangan akan
menaikkan jumlah perlindungan manfaat kematian anda, seperti:
- Menerima 200% jumlah
perlindungan anda apabila anda meninggal dunia disebabkan kemalangan,
- Menerima 300% jumlah
perlindungan anda jika anda meninggal dunia semasa menaiki pengangkutan
awam, dan
- Menerima 400% jumlah
perlindungan anda kalau anda meninggal dunia di luar Malaysia**.
Hibah boleh
menyara dan melindungi keluarga anda dan orang tersayang untuk tempoh masa yang
lama, walaupun anda sudah tiada bersama mereka.
Bukan
sekadar hibah
Selain jumlah
perlindungan minimum yang lumayan, PruBSN WarisanPlus juga merangkumi beberapa
manfaat seperti:
- Pampasan sebanyak RM5,000 hingga
RM10,000 selepas didiagnosis atau kemasukan hospital kerana menghidapi
penyakit berjangkit unik seperti demam campak, SARS atau virus Nipah.
- Manfaat khairat sebanyak RM3,000
untuk menampung perbelanjaan pengebumian anda.
- Meningkatkan nilai tunai anda
dengan pulangan berpotensi melalui peluang pelaburan melalui tujuh jenis
Dana berkaitan pelaburan berbeza dengan kadar risiko berbeza.
- Menyesuaikan pelan takaful anda
dengan memilih rider tambahan termasuklah perlindungan
penyakit kritikal, perlindungan Haji atau Umrah, perlindungan pembayaran
sumbangan dan banyak lagi.
- Perlindungan selama 20 tahun
atau memilih tarikh berdasarkan umur sehingga 100 tahun.
- Pembayaran fleksibel dengan
tempoh sumbangan selama 5, 10 atau 20 tahun atau pilih tempoh perlindungan
penuh.
- Membuat kebaikan dan membantu
orang lain melalui rider Ihsan, yang membenarkan anda
untuk membantu keluarga miskin mendapatkan perlindungan takaful keluarga
asas dari RM5 sebulan.
Mula
menyertai PruBSN WarisanPlus
Menjadi peserta
PruBSN WarisanPlus sememangnya sangat mudah. Pelan ini boleh disertai kanak-kanak
seawal umur 14 hari, dan umur maksimum 70 tahun bagi peserta-peserta baharu.
PruBSN
WarisanPlus bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam. Bukan penganut agama
Islam juga boleh menamakan orang tersayang mereka untuk menerima manfaat
kematian takaful di bawah hibah bersyarat, atau manfaat tersebut boleh
diagihkan oleh seorang pelaksana yang perlu mematui Akta Harta Pusaka dan
Pentadbiran 1959 [Akta 97].
Malang
memang tidak berbau, jadi rancang legasi anda hari ini dengan PruBSN
WarisanPlus dan menamakan orang tersayang anda sebagai benefisiari hibah
bersyarat anda. Bantu keluarga anda mengharungi kesakitan emosi dan masalah
kewangan yang mungkin dihadapi setelah kehilangan anda dengan meninggalkan satu
hadiah kecil kepada mereka untuk memudahkan perjalanan hidup mereka pada masa
hadapan.
Untuk
maklumat lanjut mengenai PruBSN WarisanPlus, hubungi mana-mana Ejen Takaful
kami hari ini!
*
***
Hubungi Saya untuk keterangan lanjut:
Email - fakhrul.prudential@gmail.com

