Fakhrul Barkhaya
Wealth Planner
Friday, April 8, 2022
Friday, March 11, 2022
Hibah Takaful Survival Kit
| Hibah Takaful |
Memang kita tak dapat mengawal apa yang akan berlaku. At least kita ada buat persiapan jika sesuatu berlaku.
Hibah Takaful a.k.a Income Replacement merupakan salah satu ikhtiar yang kita boleh lakukan semasa masih hidup dan bernyawa.
Semoga selepas kita tiada nanti, sedikit usaha kita ini mampu membantu waris yang ditinggalkan.
Nota:
Nak tahu lebih lanjut pasal Hibah Takaful, boleh cepat-cepat roger saya.
Sebelum Terlambat!
wasap.my/601112116873
#hibahtakaful
#takaful
#ejenpekoy
Saturday, February 12, 2022
Hospital Kerajaan Juga Kena Bayar Ye....
| Hospital Kerajaan Juga Kena Bayar |
Monday, December 27, 2021
Nanti Dulu
| Masa Itu Emas |
Nanti Dulu
Kebanyakan dari kita dah terbiasa dengan lafaz "Nanti Dulu".
Nanti Dulu lebih memberikan maksud bahawa kita terpaksa menangguhkan sesuatu perkara kerana ada perkara yang lebih penting yang perlu di dahulukan.
Cuma perkara yang perlu di dahulukan itu perlu lah kita Jelas tentangnya.
Mana mungkin Nanti Dulu terpakai apabila kehendak manusia bertembung dengan perintah Allah. Pasti perintah Allah perlu di dahulukan dan kemudian barulah kehendak manusia.
Begitu juga di dalam kehidupan harian kita. Setiap dari kita telah ditetapkan dengan adanya 24 jam dalam sehari. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya sebaik mungkin. Mungkin baik bagi kita, boleh jadi kurang baik bagi mereka yang lain.
Di dalam masa 24 jam sehari, ada beberapa bahagian yang kita perlu bahagikan masa tersebut supaya kehidupan lebih teratur dan sempurna seperti bahagian untuk tidur, makan, berehat, beriadah, bersama keluarga dan sebagainya.
Antara bahagian penting yang perlu ada adalah Bahagian Kita Dengan Allah. Cuba bahagikan betul-betul bahagian ini, kerana bahagian ini yang akan menjamin bahagian-bahagian yang lain.
Semoga bermanfaat.
***
Ada juga beberapa kisah benar berkaitan Nanti Dulu yang melibatkan penyesalan yang tiada gunanya. Antaranya adalah penyesalan kerana tidak menyediakan Hibah Takaful / Income Replacement semasa masih sihat dan hidup.
#nantidulu
Sunday, December 19, 2021
Jangan Keliru Tentang Takaful
| Takaful Itu Pilihan |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan-kawan.
Hari ni saya nak kongsikan tentang 3 produk asas dalam Takaful. Kita biasa dengar orang sebut Takaful, tapi adakah kita betul-betul faham apa manfaat Takaful ni kepada kita.
Takut-takut, kita salah faham dan akhirnya kita tak dapat mencapai matlamat sebenar kita ambil Takaful tersebut.
1. MEDICAL CARD
Manfaat perlindungan terhadapat Kesihatan. Jika ditimpa dengan masalah kesihatan, kad ini akan membantu kita untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera di hospital swasta.
Bukan hendak menafikan kehebatan hospital kerajaan, hospital kerajaan memang dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik ditambah pula dengan doktor dan staff yang terbaik.
Tetapi hospital kerajaan tidak mampu menampung kadar pesakit yang tinggi. Oleh kerana itu, pihak hospital perlu menyusun temu janji pesakit, mengikut kesesuaian.
Bagi mereka yang berkemampuan, adalah sangat baik jika mampu menyediakan Medical Card.
- Manfaat sakit kritikal
- Manfaat simpanan
2. HIBAH TAKAFUL
Lebih dikenali sebagai Income Replacement. Manfaat ini memberikan kelebihan kepada waris selepas pemegang polisi ditimpa Kematian Atau Cacat Kekal Menyeluruh.
Waris akan diberikan secara terus sejumlah wang tunai dalam kadar segera.
- Mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka
- Meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa ada gangguan dari segi kewangan
- Mengurangkan beban waris yang ditinggalkan
- Manfaat sakit kritikal
- Manfaat simpanan
Pelaburan untuk manfaat jangka masa panjang. Pelaburan ini boleh dijadikan sebagai perancangan hari tua dan juga pendidikan anak.
Walaupun pulangan yang dijanjikan tidak setinggi instrumen pelaburan yang lain, tetapi pelaburan takaful ini lebih selamat dan pulangan juga agak baik.
Friday, December 17, 2021
Mengejar Impian Bukannya Mudah
| Mengejar Impian |
Alhamdulillah. Hari ini saya berkesempatan mendengar nasihat daripada salah seorang Billionaire yang tidak asing lagi iaitu Warren Buffett. Beliau bercerita tentang 2 orang usahawan yang sangat dikagumi iaitu Mrs. B dan Jack.
Mrs. B merupakan seorang pengusaha perniagaan perabot manakala Jack adalah seorang usahawan kereta sewa.
Beliau kongsikan isi penting tentang bagaimana mereka yang hanya dengan modal yang kecil, mampu mengusahakan perniagaan yang akhirnya bernilai Million / Billion USD.
Antara isi penting yang dikongsikan adalah:
1. Keazaman Untuk Berjaya
2. Menjaga Hubungan Dengan Pelanggan
3. Memberikan Pengalaman Yang Menarik Untuk Pelanggan
4. Jangan Risau Tentang Perkara Yang Diluar Kawalan, Hanya Risau Tentang Apa Yang Kita Boleh Kawal
5. Kebanyakan Daripada Kita Akan Ingat Tentang Pengalaman Membeli Yang Indah Atau Buruk.
Berikan pengalaman yang indah untuk pelanggan ingat tentang kita.
Kepada mereka yang berniaga, pastinya akan berdepan dengan pelanggan.
Jaga hubungan dengan pelanggan, insyaAllah.
Selebihnya, kita serahkan pada Allah...
Warren Buffett Speech link -> https://youtu.be/h89uOvUDVO4
Monday, December 13, 2021
Keluarga Kecil Saya
| Keluarga Kecil Saya |
Ada yang tanya, kenapa perlu kita sebagai ketua keluarga menyediakan Hibah Takaful (Income Replacement).
Di sini saya nak kongsikan sebab dan pandangan saya sendiri kenapa saya menyediakan Hibah Takaful untuk isteri dan anak-anak. Setiap orang mungkin ada sebab yang berbeza. Setiap kali melihat wajah-wajah kesayangan, pasti saya terfikir bagaimana agaknya mereka jika saya yang pergi dulu.
Secara jujurnya, setelah saya buatkan perlindungan takaful terhadapat semua hutang dan aset saya dengan Hibah Takaful, jauh di sudut hati ada rasa TENANG.
Kerana saya sayangkan mereka. Saya tak nak orang yang saya sayang merana setelah saya tiada. Kenapa mereka mungkin merana? Jika saya tidak sediakan sejumlah wang mencukupi, bagaimana mereka ingin meneruskan hidup dalam keadaan yang sama seperti sekarang setelah saya tiada. Bagaimana dengan susu dan pampers Ali? Bagaimana dengan kelas Kumon Zahra? Bagaimana dengan perbelanjaan harian?
Saya tak nak orang yang saya sayang terpaksa berkorban dan merana hanya kerana untuk membayar hutang-hutang saya. Sesungguhnya saya banyak hutang dan saya tahu hutang perlu dijelaskan walaubagaimana sekali pun. Jika saya tidak sediakan sejumlah wang yang mencukupi, mungkin isteri saya terpaksa melakukan lebih dari satu kerja untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang-hutang saya. Bagaimana mungkin sebagai seorang suami sanggup membiarkan isteri kesayangan saya perlu berkorban dek kerana kesilapan saya yang tidak menyediakan sejumlah wang untuk mereka setelah saya tiada.
Bagaiman isteri saya hendak tumpukan perhatian kepada anak-anak sedangkan dia juga perlu melakukan kerja tambahan. Pasti dia akan sangat penat. HuHuHu
Saya tak nak orang yang saya sayang seperti Sudah Jatuh Di Timpa Tangga. Sudahlah sedih dengan berita kehilangan, terpaksa pula memikirkan tentang bagaiman hendak meneruskan kehidupan dengan keadaan sebegitu. Mungin ditambah dengan masalah-masalah lain yang tidak terduga. Paling tidak pun, dengan sejumlah wang yang saya sediakan untuk mereka dapat membantu mereka meneruskan kehidupan.
***
Nota Ikhlas,
Kepada mereka yang belum ada menyediakan Hibah Takaful, boleh terus hubungi Ejen Insurans kesayangan dan kepercayaan anda. Saya percaya ramai ejen yang boleh dipercayai diluar sana.
Dapatkan khidmat nasihat dari mereka.
Wasap je terus saya : +601112116873
Belum Terlambat
Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku. Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...
-
Kos Rawatan Hospital Kerajaan dan Swasta Kita mungkin terkejut dengan Kos Rawatan untuk penyakit-penyakit ini. Tetapi inilah kenyataan yan...
-
Hospital Kerajaan Juga Kena Bayar “TAK APA, SAYA DAPAT FIRST CLASS." “100% PERCUMA MASUK GOMEN” Ramai pekerja kerajaan yang masih ta...
-
Pre Mob Briefing Apakah itu Pre Mob Briefing ? Pre Mob Briefing adalah satu sesi taklimat yang di lakukan sebelum semua pekerja memulakan k...