Tuesday, November 30, 2021

Penilaian Bulanan

Lelaki Ini
Penilaian Bulanan

Monthly Progress Meeting (MPM) / Monthly Coordination Meeting (MCM)

Kebiasaannya akan berlaku disetaip minggu pertama pada setiap bulan.

Perihal yang dibincangkan adalah tentang perihal apa yang telah berlaku sebulan yang lepas dan apa yang direncanakan untuk sebulan yang akan datang.

Antara item yang menjadi topik asas perbincangan adalah tentang Progress. Kalau Progress cantik seperti yang dirancang, insyaAllah tenang. Kalau tidak seperti yang dirancang, banyak jalan alternatif yang perlu difikirkan untuk mengembalikan Progress supaya berada di landasan yang betul.

Item lain yang menjadi perbincangan adalah Health Safety & Environment (HSE). Berapa safety manhours yang telah dikecapi, bagaimana perlaksanaan HSE Plan. Apakah program-program keselamatan yang dilakukan. 

Tidak dilupakan juga tentang QAQC. Kualiti merupakan antara aspek penting di dalan perlaksaan sesuatu projek. Jika aspek kualiti diabaikan, banyak kemungkinan buruk yang mungkin akan terjadi. 

Apabila semua unsur ini digabungkan menjadi satu, dilaksanakan oleh pasukan yang hebat, tidak mengabaikan tanggungjawab pada Allah, maka terhasillah sebuah projek yang cemerlang, gemilang dan terbilang! 
(dengan izin Allah)

Nota:

Begitu juga dengan kehidupan kita. Tak salah untuk kita buat perkiraan dan perhitungan bulanan. 
- Apa yang kita telah buat bulan lepas?
- Berapa banyak sedekah yang kita sedekahkan?
- Berapa hari puasa sunat yang kita buat?
Bukan untuk riak dan hebahkan di media sosial, cukup sekadar untuk simpanan peribadi dan peningkatan kendiri.

#mpm
#mcm
#meetingdihotel 
#impianaklcc
#zamansebelumcovid

* gambar sekadar seorang lelaki kacak yang sedang memberikan kata-kata semangat

No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...