Tuesday, November 30, 2021

Penilaian Bulanan

Lelaki Ini
Penilaian Bulanan

Monthly Progress Meeting (MPM) / Monthly Coordination Meeting (MCM)

Kebiasaannya akan berlaku disetaip minggu pertama pada setiap bulan.

Perihal yang dibincangkan adalah tentang perihal apa yang telah berlaku sebulan yang lepas dan apa yang direncanakan untuk sebulan yang akan datang.

Antara item yang menjadi topik asas perbincangan adalah tentang Progress. Kalau Progress cantik seperti yang dirancang, insyaAllah tenang. Kalau tidak seperti yang dirancang, banyak jalan alternatif yang perlu difikirkan untuk mengembalikan Progress supaya berada di landasan yang betul.

Item lain yang menjadi perbincangan adalah Health Safety & Environment (HSE). Berapa safety manhours yang telah dikecapi, bagaimana perlaksanaan HSE Plan. Apakah program-program keselamatan yang dilakukan. 

Tidak dilupakan juga tentang QAQC. Kualiti merupakan antara aspek penting di dalan perlaksaan sesuatu projek. Jika aspek kualiti diabaikan, banyak kemungkinan buruk yang mungkin akan terjadi. 

Apabila semua unsur ini digabungkan menjadi satu, dilaksanakan oleh pasukan yang hebat, tidak mengabaikan tanggungjawab pada Allah, maka terhasillah sebuah projek yang cemerlang, gemilang dan terbilang! 
(dengan izin Allah)

Nota:

Begitu juga dengan kehidupan kita. Tak salah untuk kita buat perkiraan dan perhitungan bulanan. 
- Apa yang kita telah buat bulan lepas?
- Berapa banyak sedekah yang kita sedekahkan?
- Berapa hari puasa sunat yang kita buat?
Bukan untuk riak dan hebahkan di media sosial, cukup sekadar untuk simpanan peribadi dan peningkatan kendiri.

#mpm
#mcm
#meetingdihotel 
#impianaklcc
#zamansebelumcovid

* gambar sekadar seorang lelaki kacak yang sedang memberikan kata-kata semangat

Problem Solver

 

Problem Solver
Problem Solver



Pesan Sifu, sebagai seorang ejen insurans yang kacak lagi berwibawa, kita bukan menjual produk.

Kita adalah sebagai Problem Solver (Penyelesai Masalah). Kita hanya perlu educate seramai mungkin rakyat Malaysia tentang apa masalah yang mereka mungkin hadapi jika tidak membuat perlindungan takaful.

Barang perlu di ingat, takaful ini adalah sebagai salah satu usaha / ikhtiar kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Nota:

Gambar sekadar contoh perbualan saya bersama salah seorang client yang saya dah follow up beberapa bulan sebelum ni. Alhamdulillah akhirnya beliau bersetuju untuk sign up Hibah Takaful RM500,000.00. Siap beliau bagitau yang beliau akan topup lagi coverage setelah kewangan beliau stabil nanti. 😊

Walaupun sebenarnya kewangan beliau tidak begitu OK buat masa sekarang, tetapi beliau nampak kelebihan Hibah Takaful ini dan terus buat keputusan untuk ambil. 

*

Takut-takut kalau nak tunggu income betul-betul ok, kesihatan kita pula yang tidak ok. Lebih bagus ambil secepat mungkin. 

#takaful
#ikhtiar
#hibah
#incomereplacement 
#mukaadasenyum

Saturday, November 27, 2021

Maksud Takaful oleh Ustaz Azhar Idrus


Takaful bermaksud kita menabung dengan niat bersedekah (Tabarru'). Jika tidak berlaku kemalangan kepada kita, kita niat sedekah untuk orang yang berlaku kemalangan untuk gunakan duit tabung tersebut.

Sama macam kita masuk khairat kematian. Contoh kita bayar RM10 setiap bulan, dengan harapan bila berlaku kematian kepada kita, duit dalam tabung sedekah oleh ahli-ahli yang lain itu akan digunakan untuk urusan belanja kematian. Sebab ada masa kita tiada duit. 

Begitu juga sebaliknya. Jika berlaku kematian pada orang lain yang juga menabung di dalam tabungan yang sama, kita niatkan sedekah untuk belanja urusan kematian dia.

Semua ini adalah untuk meringankan beban kepada mereka yang ditimpa musibah / kemalangan.

Sumber : Group Telegram Takaful.info

***

Kepada mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana Takaful ini boleh membantu kita, boleh terus hubungi saya SEKARANG.

Call  : +601112116873
Whatsapp : +601112116873
Email : fakhrul.prudential@gmail.com

Thursday, November 25, 2021

Doa Menaiki Kenderaan

Doa Menaiki Kenderaan
Doa Menaiki Kenderaan

Fakhrul Barkhaya | Muqmeen Group | Prudential BSN Takaful | Hibah Takaful

DOA MENAIKI KENDERAAN

Kita memang digalakkan untuk membaca doa dalam setiap perlakuan kita seharian. 
Memang banyak doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. 
Cuma kita sebagai manusia biasa kadang-kadang terlepas pandang beberapa doa harian yang sebenarnya sangat penting dan sangat berguna kepada kita jika diamalkan.

Mari kita sama-sama cuba amalkan doa Menaiki Kenderaan.
Semoga kita semua mendapat manfaat dan kebaikan.

Sesungguhnya kita hanya insan lemah yang hanya mampu merancang. 
Selebihnya terserah kepada Allah juga.

Nota: Kepada mereka yang sudah mengamalkan Doa Menaiki Kenderaan ini, bagus! Teruskan...

***

Nak Tahu Lebih Tentang Pelan Pengganti Pendapatan (Income Replacement) ???

Hubungi saya SEKARANG! 

01112116873 / 01112116873
@
fakhrul.prudential@gmail.com

 

Wednesday, November 24, 2021

Nanti Jadi Apa-Apa, Kita Ni Bukan Berduit Sangat

 

Perlindungan Takaful
Nanti Jadi Apa-Apa, Kita Ni Bukan Berduit Sangat

"Nanti Jadi Apa-Apa, Kita Ni Bukan Berduit Sangat"

Ini merupakan antara ayat keramat yang menyebabkan saya berfikir dan terus berfikir. Sebelum ni saya mati-mati ingatkan bahawa Perlindungan Takaful ni hanya untuk orang kaya sahaja. Sebab apa? Sebab hanya orang kaya yang mampu bayar bulanan duit takaful.

Rupa rupanya bila dibuat sedikit perkiraan, memang benar lah bahawa Perlindungan Takaful ni bukan hanya untuk orang kaya sahaja, tetapi untuk semua lapisan masyarakat tak kira status atau jumlah pendapatan. Apa yang penting adalah KESEDARAN.

Adalah menjadi tanggungjawab para ejen insurans takaful untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat supaya masyarakat lebih memahami apakah fungsi takaful dan bagaimana takaful boleh membantu memudahkan kehidupan kita jika berlaku sebarang musibah yang tidak diduga.

Perkara yang paling penting perlu difahami adalah, Takaful bukan lah JAMINAN yang pasti. Semuanya dari Allah juga. Takaful adalah salah satu usaha atau ikhtiar kita, selebihnya kita serahkan pada Allah. InsyaAllah...

*

Antara produk asas takaful adalah:

1. Medical Card
2. Hibah Takaful (Income Replacement)
3. Investment 

*

Kepada mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Takaful, boleh terus hubungi saya. Saya bukan lah yang terbaik, tetapi insyaAllah saya akan cuba yang terbaik semampu saya untuk berikan yang terbaik kepada anda. 

Call / Whatsapp : +6011 1211 6873
Email                 : fakhrul.prudential@gmail.com
Facebook           : Fakhrul Barkhaya

Tuesday, November 23, 2021

Orang Berniaga Perlu Ada Perlindungan

Perlindungan Untuk Ahli Perniagaan
Peluang Berniaga Di Bandar

 

Ramai di antara kita yang memilih untuk berniaga sendiri atas sebab dan alasan masing-masing. Walau apa pun sebab dan alasan anda untuk berniaga, anda tetap perlu ada perlindungan terhadap kesihatan anda.

Sangat penting untuk orang yang berniaga sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat supaya dapat terus bertenaga melakukan pelbagai aktiviti memajukan perniagaan.

Namun, kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku kepada kita, terutamanya dari aspek kesihatan. Berapa ramai orang yang kita lihat disekeliling kita menjaga pemakanan dan melakukan senaman, tetapi tetap diuji dengan masalah kesihatan.

Kita memang tidak dapat menolak ujian Allah terhadap kita, tetapi kita boleh membuat perancangan dan persediaan bagi mengurangkan beban atau impak jika diuji dengan masalah kesihatan.

Dengan peningkatan kos rawatan yang begitu ketara, para peniaga memang sangat disarankan supaya memiliki perlindungan kesihatan.

Cuba bayangkan, apabila kita perlu mengeluarkan sejumlah wang RM 30,000.00 hanya untuk pembedahan batu karang di hospital swasta. Setelah banyak tenaga dan masa yang digunakan bagi menabung RM 30,000.00, wang tersebut hilang begitu sahaja hanya dalam 3 hari. Tidak dapat tidak, duit tetap perlu dikeluarkan. 

Syukurlah jika masih ada duit simpanan, bagaimana jika tiada? Terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan ruang bagi pembedahan di hospital kerajaan. Sepanjang tempoh menunggu, rasa sakit tetap akan ada. Bagaimana dengan perniagaan?

Bukan hendak menafikan kemampuan hospital kerajaan, cuma di hospital kerajaan, perlu berbaris lama untuk mendapatkan giliran bagi membuat pembedahan batu karang.

*

Kami di Prudential BSN Takaful, ada menyediakan perlindungan kesihatan (Medical Card) serendah RM 150 / bulan * tertakluk pada terma dan syarat, untuk perlindungan RM 200,000.00 setahun dan TIADA limit sepanjang hidup.

Dengan memiliki Medical Card ini, anda tidak perlu lagi risau jika diuji dengan masalah kesihatan kerana InsyaAllah medical card ini akan menjadi pembantu anda di kala memerlukan. Bukan bantuan dari segi mengurangkan rasa sakit, bantuan dengan cara mempercepatkan proses pembedahan dengan menjalani pembedahan di hospital swasta tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan anda sendiri.

Nota:
Perlu diingat bahawa Medical Card ini bukanlah sejenis kad yang boleh mengelakkan kita dari jatuh sakit atau membenarkan kita untuk tidak menjaga kesihatan,
Menjaga kesihatan tetap perlu diutamakan kerana kalau ditimpa penyakit, banyak perkara yang terbatas.

Bagi mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh terus hubungi saya,
Call / Whatsapp - +601112116873
Email                 - fakhrul.prudential@gmail.com

Monday, November 22, 2021

Kos Rawatan Hospital Kerajaan dan Swasta

Kos Rawatan
Kos Rawatan Hospital Kerajaan dan Swasta


 Kita mungkin terkejut dengan Kos Rawatan untuk penyakit-penyakit ini. 

Tetapi inilah kenyataan yang kita perlu terima. 

Bila kita dah tahu beginilah gambaran awal tentang Kos Rawatan, apa tindakan kita?

Antara tindakan yang kita boleh lakukan adalah:

1. Jaga makan dan kesihatan
2. Banyakkan berdoa semoga dijauhkan dari segala penyakit
3. Bekerja keras untuk sediakan duit bagi menampung kos perubatan
4. Ambil pelan perubatan (Medical Card) SEKARANG, sementara belum sakit

Nota:
Memang tiada diantara kita yang nak Sakit. Tetapi itu bukanlah di dalam kawalan kita. 
Sediakan Medical Card sementara masih berpeluang, kerana ada di antara mereka yang nak ambil Medical Card pada ketika sudah tidak berpeluang untuk memilikinya. 

Boleh contact saya untuk segala permasalahan berkaitan Medical Card.

wasap.my/601112116873
wasap.my/601112116873
wasap.my/601112116873

#kosrawatan
#medicalcard
#prubsntakaful 
#kitarancangkitabincang

Tuesday, November 2, 2021

Jika Hari Ini Mereka Tiada, Bersediakah Kita?

 

Hibah Takaful
Bersediakah Kita


Abu dan Minah merupakan sepasang suami isteri yang bahagia. Setelah 3 tahun berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Adam Daniel Astrazenika.
Oleh kerana kasih sayang yang mendalam terhadap anak mereka, Abu memutuskan untuk Minah tidak bekerja dan memberikan sepenuh perhatian kepada Adam.
Hanya Abu seorang sahaja yang bekerja mencari rezeki untuk kelangsungan hidup sekeluarga.
Tiba-tiba Abu ditakdirkan meninggal dunia. Minah kehilangan punca pendapatan. Kehidupan harian perlu diteruskan.
Sukar dibayangkan!
Mari kita sama-sama lakukan sedikit persediaan dengan menyediakan Hibah Takaful untuk waris tersayang.
Bayaran bulanan serendah RM100 sahaja!


Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...