KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL
Jika
sebut pasal takaful pasti ramai yang sudah tahu mengenainya tetapi masih ramai
yang tidak tahu kewujudan hibah takaful ini dan kepentingan hibah ini kepada
mereka. So artikel ini khas untuk anda mengetahui serba sedikit mengenai
kepentingan hibah takaful.
Sebelum
kita bermula mengulas mengenai topik hibah takaful ini, jom kita tahu dulu apa
maksud hibah dan hibah takaful ini sebenarnya.
HIBAH
bermaksud pemberian sukarela pemberi kepada penerima.
HIBAH
TAKAFUL ialah pemberian sesuatu secara ikhlas dalam bentuk nilai pampasan
Takaful kepada penerima hibah tanpa melaui kiraan faraid atau pengurusan harta
pusaka setelah kematian pemberi hadiah. Hibah juga dipanggil sebagai hadiah.
Sebagai
contoh Hibah Takaful tersebut ialah Ali semasa hayatnya berhasrat menghibahkan
semua manfaat takaful ini kepada Khadijah iaitu isterinya, Khadijah layak
mendapat hibah tersebut selepas kematian Ali tanpa perlu melalui proses faraid.
Kepentingan
hibah Takaful
1. Merupakan hak mutlak penama
Setelah pemilik hibah takaful tersebut meninggal dunia, penerima
hibah yang telah ditetapkan namanya semasa pemilik hibah hidup akan menerima
segala manfaatnya kerana ia adalah pemilik mutlak hibah tersebut. Bolehkah
orang lain ambil wang pampasan tersebut? Penerima hibah tersebut, tidak perlu
risau akan diambil orang lain kerana syarikat takaful akan memberikan pampasan
kepada nama yang telah ditetapkan sahaja.
2. Hadiah yang paling bermakna bagi pasangan
atau orang tersayang.
Jika kita sayang atau menghargai seseorang itu, kita akan
memberikan hadiah kepada mereka bukan? Jadi dengan mencarum hibah takaful ini
kita dapat berikan mereka hadiah bagi kebelangsungan hidup mereka setelah
ketiadaan kita. Nampak mudah tetapi percayalah sangat bermakna bagi mereka.
3. Menyelesaikan hutang-hutang yang
ditinggalkan.
Setelah kematian pemilik pencarum, jika terdapat hutang yang tidak
sempat diselesaikan semasa hayat jadi adakah kita ingin berikan beban itu
kepada mereka setelah kesedihan atas ketiadaan kita disisi mereka kita tambah
lagi beban itu kepada mereka. Sanggupkah kita? Jadi dengan hibah ini mereka
dapat selesaikan segala hutang piutang kita tanpa membebani mereka.
Jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagimana dia tidak
selesaikan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga
hutangnya dijelaskan.” Hadith riwayat Tarmidzi
4. Asset yang mudah dicairkan.
Bestnya hibah takaful ni penerima boleh mengeluarkan wang tersebut dengan
cepat kerana tiada istilah wang akan dibekukan setelah kematian pencarum.
Jangka masa wang tersebut boleh dituntut antara 7 ke 30 hari sahaja. Ini
merupakan jangka masa yang boleh dikatanya sangat pantas dan cepat jika
dibandingkan dengan proses pembahaagian harta pusaka yang memakan masa yang
sangat panjang, ia sangat membantu penerima pampasan meneruskan kehidupan
mereka kerana terkadang ada yang terjejas dengan pendapatan isi rumah akibat
ketua keluarga meninggal dunia.
Jika kita
melihat pada situasi sekarang iaitu COVID-19 yang hampir setahun lebih melanda
Malaysia kematian yang sangat tinggi antaranya berpunca dari penyakit
berjangkit ini. Kita semua mengetahui takdir dan ajal telah ditetapkan oleh
Allah kita tak mampu melawannya tetapi kita mampu memberikan sesuatu kepada
suami, isteri, anak-anak, ibubapa atau
orang yang kita sayangi setelah ketiadaan kita dengan wang pampasan untuk
mereka meneruskan kehidupan mereka. Apabila kita melihat pada keadaan sekarang
iaitu kerja susah dicari, bayangkan jika seorang isteri itu tidak bekerja apa
yang akan dihadapi oleh mereka dan anak- anak kelak jika punca pendapatan
hilang.
***
Hubungi Saya Segera untuk mendapatkan Hibah Takaful anda:
Whatsapp / Call : +6011 1211 6873
Email : fakhrul.prudential@gmail.com