Thursday, September 30, 2021

Jangan Sampai Perasaan TAKUT Memusnahkan Impian Kita

Fakhrul Barkhaya
Jangan Sampai TAKUT Memusnahkan Impian

Suka melihat kejayaan orang lain.


Lepas Si A beli kereta baru, Si B pula beli rumah baru.

Lepas Si C beli rumah baru, Si D pula beli kereta baru. 


Kita?

Masih lagi disini bosku. 

Masih TAKUT, Masih TIDUR, Masih TIADA TINDAKAN.


Tunggulah sehingga Si E & F pula yang beli kereta baru. 

Kita terus terusan seronok melihat kejayaan orang lain. 


Ayuh kita sama-sama bangkit Melawan KETAKUTAN kita.

Jangan sampai KETAKUTAN melenyapkan Impian Kita Kawan.


Bagaimana cara untuk melawan KETAKUTAN?

1. Kenali apa KETAKUTAN utama kita.
Contoh: Ketakutan utama bagi Ejen Takaful adalah Takut untuk Call orang kerana Takut akan Rejection.

2. Cuba lawan KETAKUTAN itu dengan buat / lakukan apa KETAKUTAN kita tersebut. 
Contoh: Call orang yang kita rasa akan bagi rejection yang paling besar dan orang yang kita paling Takut nak call.

3. Cipta KETAKUTAN lain yang Lebih Besar jika kita Tidak Lawan KETAKUTAN Utama tersebut.
Contoh: Apakah impak yang lebih besar jika kita tak call dan terangkan tentang Medical Card / Hibah pada orang tersebut. Boleh jadi jika berlaku musibah pada dia atau ahli keluarga dia, dia akan salahkan kita. Lebih baik kita lawan Ketakutan kita tersebut untuk kelebihan bersama.

4. Doa. Minta petunjuk dan panduan dari Allah.

#fear #atasiketakutan #takut #ketakutan 

No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...