Wednesday, September 29, 2021

Kepentingan Hibah Takaful

 

KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL

Jika sebut pasal takaful pasti ramai yang sudah tahu mengenainya tetapi masih ramai yang tidak tahu kewujudan hibah takaful ini dan kepentingan hibah ini kepada mereka. So artikel ini khas untuk anda mengetahui serba sedikit mengenai kepentingan hibah takaful.

Sebelum kita bermula mengulas mengenai topik hibah takaful ini, jom kita tahu dulu apa maksud hibah dan hibah takaful ini sebenarnya.

HIBAH bermaksud pemberian sukarela pemberi kepada penerima.

HIBAH TAKAFUL ialah pemberian sesuatu secara ikhlas dalam bentuk nilai pampasan Takaful kepada penerima hibah tanpa melaui kiraan faraid atau pengurusan harta pusaka setelah kematian pemberi hadiah. Hibah juga dipanggil sebagai hadiah.

Sebagai contoh Hibah Takaful tersebut ialah Ali semasa hayatnya berhasrat menghibahkan semua manfaat takaful ini kepada Khadijah iaitu isterinya, Khadijah layak mendapat hibah tersebut selepas kematian Ali tanpa perlu melalui proses faraid.

 

Kepentingan hibah Takaful

1.    Merupakan hak mutlak penama

Setelah pemilik hibah takaful tersebut meninggal dunia, penerima hibah yang telah ditetapkan namanya semasa pemilik hibah hidup akan menerima segala manfaatnya kerana ia adalah pemilik mutlak hibah tersebut. Bolehkah orang lain ambil wang pampasan tersebut? Penerima hibah tersebut, tidak perlu risau akan diambil orang lain kerana syarikat takaful akan memberikan pampasan kepada nama yang telah ditetapkan sahaja.

 

2.    Hadiah yang paling bermakna bagi pasangan atau orang tersayang.

Jika kita sayang atau menghargai seseorang itu, kita akan memberikan hadiah kepada mereka bukan? Jadi dengan mencarum hibah takaful ini kita dapat berikan mereka hadiah bagi kebelangsungan hidup mereka setelah ketiadaan kita. Nampak mudah tetapi percayalah sangat bermakna bagi mereka.

 

3.    Menyelesaikan hutang-hutang yang ditinggalkan.

Setelah kematian pemilik pencarum, jika terdapat hutang yang tidak sempat diselesaikan semasa hayat jadi adakah kita ingin berikan beban itu kepada mereka setelah kesedihan atas ketiadaan kita disisi mereka kita tambah lagi beban itu kepada mereka. Sanggupkah kita? Jadi dengan hibah ini mereka dapat selesaikan segala hutang piutang kita tanpa membebani mereka.

 

Jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagimana dia tidak selesaikan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 

Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga hutangnya dijelaskan.” Hadith riwayat Tarmidzi

 

 

4.    Asset yang mudah dicairkan.

Bestnya hibah takaful ni penerima boleh mengeluarkan wang tersebut dengan cepat kerana tiada istilah wang akan dibekukan setelah kematian pencarum. Jangka masa wang tersebut boleh dituntut antara 7 ke 30 hari sahaja. Ini merupakan jangka masa yang boleh dikatanya sangat pantas dan cepat jika dibandingkan dengan proses pembahaagian harta pusaka yang memakan masa yang sangat panjang, ia sangat membantu penerima pampasan meneruskan kehidupan mereka kerana terkadang ada yang terjejas dengan pendapatan isi rumah akibat ketua keluarga meninggal dunia.

 

Jika kita melihat pada situasi sekarang iaitu COVID-19 yang hampir setahun lebih melanda Malaysia kematian yang sangat tinggi antaranya berpunca dari penyakit berjangkit ini. Kita semua mengetahui takdir dan ajal telah ditetapkan oleh Allah kita tak mampu melawannya tetapi kita mampu memberikan sesuatu kepada suami,  isteri, anak-anak, ibubapa atau orang yang kita sayangi setelah ketiadaan kita dengan wang pampasan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Apabila kita melihat pada keadaan sekarang iaitu kerja susah dicari, bayangkan jika seorang isteri itu tidak bekerja apa yang akan dihadapi oleh mereka dan anak- anak kelak jika punca pendapatan hilang.

***

Hubungi Saya Segera untuk mendapatkan Hibah Takaful anda:

Whatsapp / Call : +6011 1211 6873

Email : fakhrul.prudential@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...