Monday, December 27, 2021

Nanti Dulu

 

Nanti Dulu
Masa Itu Emas

Nanti Dulu

Kebanyakan dari kita dah terbiasa dengan lafaz "Nanti Dulu".

Nanti Dulu lebih memberikan maksud bahawa kita terpaksa menangguhkan sesuatu perkara kerana ada perkara yang lebih penting yang perlu di dahulukan.

Cuma perkara yang perlu di dahulukan itu perlu lah kita Jelas tentangnya.

Mana mungkin Nanti Dulu terpakai apabila kehendak manusia bertembung dengan perintah Allah. Pasti perintah Allah perlu di dahulukan dan kemudian barulah kehendak manusia. 

Begitu juga di dalam kehidupan harian kita. Setiap dari kita telah ditetapkan dengan adanya 24 jam dalam sehari. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya sebaik mungkin. Mungkin baik bagi kita, boleh jadi kurang baik bagi mereka yang lain.

Di dalam masa 24 jam sehari, ada beberapa bahagian yang kita perlu bahagikan masa tersebut supaya kehidupan lebih teratur dan sempurna seperti bahagian untuk tidur, makan, berehat, beriadah, bersama keluarga dan sebagainya. 

Antara bahagian penting yang perlu ada adalah Bahagian Kita Dengan Allah. Cuba bahagikan betul-betul bahagian ini, kerana bahagian ini yang akan menjamin bahagian-bahagian yang lain. 

Semoga bermanfaat.

***

Ada juga beberapa kisah benar berkaitan Nanti Dulu yang melibatkan penyesalan yang tiada gunanya. Antaranya adalah penyesalan kerana tidak menyediakan Hibah Takaful / Income Replacement semasa masih sihat dan hidup. 

#nantidulu

Sunday, December 19, 2021

Jangan Keliru Tentang Takaful

Takaful
Takaful Itu Pilihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan-kawan.

Hari ni saya nak kongsikan tentang 3 produk asas dalam Takaful. Kita biasa dengar orang sebut Takaful, tapi adakah kita betul-betul faham apa manfaat Takaful ni kepada kita.  

Takut-takut, kita salah faham dan akhirnya kita tak dapat mencapai matlamat sebenar kita ambil Takaful tersebut.

1. MEDICAL CARD

Manfaat perlindungan terhadapat Kesihatan. Jika ditimpa dengan masalah kesihatan, kad ini akan membantu kita untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera di hospital swasta. 

Bukan hendak menafikan kehebatan hospital kerajaan, hospital kerajaan memang dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik ditambah pula dengan doktor dan staff yang terbaik. 

Tetapi hospital kerajaan tidak mampu menampung kadar pesakit yang tinggi. Oleh kerana itu, pihak hospital perlu menyusun temu janji pesakit, mengikut kesesuaian.

Bagi mereka yang berkemampuan, adalah sangat baik jika mampu menyediakan Medical Card.

Terdapat juga beberapa manfaat tambahan yang boleh ditambah bagi menjadikan polisi tersebut lebih bermanfaat seperti:
- Manfaat sakit kritikal
- Manfaat simpanan

2. HIBAH TAKAFUL

Lebih dikenali sebagai Income Replacement. Manfaat ini memberikan kelebihan kepada waris selepas pemegang polisi ditimpa Kematian Atau Cacat Kekal Menyeluruh. 

Waris akan diberikan secara terus sejumlah wang tunai dalam kadar segera. 

Wang tunai ini dapat membantu waris untuk:
- Mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka
- Meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa ada gangguan dari segi kewangan
- Mengurangkan beban waris yang ditinggalkan

Terdapat juga beberapa manfaat tambahan yang boleh ditambah bagi menjadikan polisi tersebut lebih bermanfaat seperti:
- Manfaat sakit kritikal
- Manfaat simpanan

3. PELABURAN

Pelaburan untuk manfaat jangka masa panjang. Pelaburan ini boleh dijadikan sebagai perancangan hari tua dan juga pendidikan anak. 

Walaupun pulangan yang dijanjikan tidak setinggi instrumen pelaburan yang lain, tetapi pelaburan takaful ini lebih selamat dan pulangan juga agak baik.

Kekuatan utama pelaburan takaful ini adalah manfaat perlindungan sakit kritikal. Jika pemegang polisi di diagnos dengan sakit kritikal, pemegang polisi tidak lagi perlu membayar caruman bulanan, tetapi perlindungan pelaburan tetap akan diteruskan sehingga tamat polisi beserta pulangan.

***

Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh terus hubungi saya, Ejen Pekoy.
Call / Whatsapp : +601112116873


Friday, December 17, 2021

Mengejar Impian Bukannya Mudah

 

Mengejar Impian
Mengejar Impian

Alhamdulillah. Hari ini saya berkesempatan mendengar nasihat daripada salah seorang Billionaire yang tidak asing lagi iaitu Warren Buffett. Beliau bercerita tentang 2 orang usahawan yang sangat dikagumi iaitu Mrs. B dan Jack.

Mrs. B merupakan seorang pengusaha perniagaan perabot manakala Jack adalah seorang usahawan kereta sewa. 

Beliau kongsikan isi penting tentang bagaimana mereka yang hanya dengan modal yang kecil, mampu mengusahakan perniagaan yang akhirnya bernilai Million / Billion USD.

Antara isi penting yang dikongsikan adalah:

1. Keazaman Untuk Berjaya

2. Menjaga Hubungan Dengan Pelanggan

3. Memberikan Pengalaman Yang Menarik Untuk Pelanggan

4. Jangan Risau Tentang Perkara Yang Diluar Kawalan, Hanya Risau Tentang Apa Yang Kita Boleh Kawal

5. Kebanyakan Daripada Kita Akan Ingat Tentang Pengalaman Membeli Yang Indah Atau Buruk. 
Berikan pengalaman yang indah untuk pelanggan ingat tentang kita.


Kepada mereka yang berniaga, pastinya akan berdepan dengan pelanggan. 

Jaga hubungan dengan pelanggan, insyaAllah.

Selebihnya, kita serahkan pada Allah...


Warren Buffett Speech link -> https://youtu.be/h89uOvUDVO4 

Monday, December 13, 2021

Keluarga Kecil Saya

Keluarga Kecil Saya
Keluarga Kecil Saya

Ada yang tanya, kenapa perlu kita sebagai ketua keluarga menyediakan Hibah Takaful (Income Replacement).

Di sini saya nak kongsikan sebab dan pandangan saya sendiri kenapa saya menyediakan Hibah Takaful untuk isteri dan anak-anak. Setiap orang mungkin ada sebab yang berbeza. Setiap kali melihat wajah-wajah kesayangan, pasti saya terfikir bagaimana agaknya mereka jika saya yang pergi dulu.

Secara jujurnya, setelah saya buatkan perlindungan takaful terhadapat semua hutang dan aset saya dengan Hibah Takaful, jauh di sudut hati ada rasa TENANG. 

SAYANG
Kerana saya sayangkan mereka. Saya tak nak orang yang saya sayang merana setelah saya tiada. Kenapa mereka mungkin merana? Jika saya tidak sediakan sejumlah wang mencukupi, bagaimana mereka ingin meneruskan hidup dalam keadaan yang sama seperti sekarang setelah saya tiada. Bagaimana dengan susu dan pampers Ali? Bagaimana dengan kelas Kumon Zahra? Bagaimana dengan perbelanjaan harian? 

HUTANG
Saya tak nak orang yang saya sayang terpaksa berkorban dan merana hanya kerana untuk membayar hutang-hutang saya. Sesungguhnya saya banyak hutang dan saya tahu hutang perlu dijelaskan walaubagaimana sekali pun. Jika saya tidak sediakan sejumlah wang yang mencukupi, mungkin isteri saya terpaksa melakukan lebih dari satu kerja untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang-hutang saya. Bagaimana mungkin sebagai seorang suami sanggup membiarkan isteri kesayangan saya perlu berkorban dek kerana kesilapan saya yang tidak menyediakan sejumlah wang untuk mereka setelah saya tiada. 
Bagaiman isteri saya hendak tumpukan perhatian kepada anak-anak sedangkan dia juga perlu melakukan kerja tambahan. Pasti dia akan sangat penat. HuHuHu

SENGSARA
Saya tak nak orang yang saya sayang seperti Sudah Jatuh Di Timpa Tangga. Sudahlah sedih dengan berita kehilangan, terpaksa pula memikirkan tentang bagaiman hendak meneruskan kehidupan dengan keadaan sebegitu. Mungin ditambah dengan masalah-masalah lain yang tidak terduga. Paling tidak pun, dengan sejumlah wang yang saya sediakan untuk mereka dapat membantu mereka meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya, Hibah Takaful ini adalah salah satu USAHA / IKHTIAR kita. 
Selebihnya tetap kena berdoa dan berserah pada Allah. 
Kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang. 

***

Nota Ikhlas,

Kepada mereka yang belum ada menyediakan Hibah Takaful, boleh terus hubungi Ejen Insurans kesayangan dan kepercayaan anda. Saya percaya ramai ejen yang boleh dipercayai diluar sana.
Dapatkan khidmat nasihat dari mereka.

Kalau nak hubungi saya pun boleh... ☺
Wasap je terus saya : +601112116873

Tuesday, December 7, 2021

Perubatan Islam Juga Bukannya Murah

Perubatan Islam
Perubatan Islam Juga Bukannya Murah

Kenapa perlunya PELAN TAKAFUL PAMPASAN SAKIT KRITIKAL ? Kerana nak dapatkan perubatan Islam juga bukannya murahπŸ˜…

Dengan PELAN TAKAFUL PAMPASAN SAKIT KRITIKAL bole la kita gunakan pampasan yang kita dapat untuk menampung kos hidup sewaktu sakit tidak bole bekerja dan membayar apa nya jenis rawatan yang ingin kita dapatkan. 

Jika tidak, kita mungkin terpaksa bergolak gadai Emas yang ada & terpaksa meminta-minta untuk membayar rawatan.

Sumber : Takaful. Info 

Cepat-cepat hubungi ejen insurans kesayangan dan kepercayaan anda. 

Kalau nak hubungi saya pun boleh. Wasap je terus tanpa garu-garu... 😊

wasap.my/601112116873
wasap.my/601112116873
wasap.my/601112116873

"If You Fail To Plan, You Plan To Fail"

Monday, December 6, 2021

Takaful Tip Of The Day

Takaful Tip of The Day
Takaful Tip

Takaful Tip Of The Day

Prospek:
Bagaimana jika saya ambil takaful dan tiada apa-apa berlaku pada saya? Tidak ke saya akan rugi?

Ejen:
Bagaimana jika sesuatu berlaku pada kamu dan kamu tiada takaful?

Nota Penting,
Perlindungan Takaful adalah salah satu usaha / ikhtiar kita. Walaupun ada Takaful, belum tentu bahagia. Tiada takaful, belum tentu tidak bahagia.
At least, kita ada usaha jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini... 😊

#takaful
#medicalcard
#hibahtakaful
#incomereplacement
#investment

Sunday, December 5, 2021

Bahaya Di Tempat Kerja

Bahaya Di Tempat Kerja
Bahaya Di Tempat Kerja

Bekerja di dalam bidang Oil & Gas Offshore mungkin menjadi salah satu impian bagi segelintir rakyat Malaysia kerana bidang ini merupakan antara bidang kerja yang boleh memberikan pendapatan yang agak lumayan.

Semestinya gaji yang lumayan pasti ada sesuatu yang menanti. Banyak cabaran dan halangan bekerja di dalam bidang Oil & Gas Offshore ni. Antaranya ialah:

Cuaca - Antara cabaran utama dalah Cuaca. Cuaca boleh berubah sekelip mata ketika di offshore. Cuaca juga boleh menyebabkan banyak kerja tidak dapat dilaksanakan apa bila hujan lebat melanda, angin kuat dan juga arus yang kuat. Perubahan cuaca mendadak juga boleh menyebabkan kemalangan seperti kapal tenggelam, kapal terlanggar struktur pelantar dan lain-lain.

Letupan dan Kebakaran - Dengan keadaan / kawasan kerja yang memang sentiasa melibatkan sumber mudah terbakar seperti pembebasan gas mudah meletup, letupan dan kebakaran sangat mudah boleh berlaku jika ada sedikit ketidakpatuhan terhadap prosedur yang telah ditetapkan. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi sebelum boleh memulakan kerja di pelantar minyak. 

Oleh kerana risiko yang tinggi semasa bekerja di pelantar minyak, sangat di syorkan kepada mereka yang bekerja di pelantar minyak untuk menyediakan perlindungan yang tinggi dan berbaloi jika berlaku sebarang kecelakaan yang tidak diduga.

Perlindungan yang tinggi ini adalah sebagai salah satu USAHA / IKHTIAR untuk memastikan ahli keluarga tidak mengalami sebarang masalah jika kita tiada. Selebihnya tetap perlu berserah dan berdoa pada Allah. 

Perlindungan ini adalah dalam bentuk wang tunai yang akan dimasukkan secara terus kepada waris. Wang tunai ini dapat memudahkan waris meneruskan kehidupan dan juga mempercepatkan urusan pembahagian harta pusaka. 

***

Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut tentang perlindungan yang sesuai untuk anda.

Call          : 01112116873
Whatsapp : +601112116873
Email       : fakhrul.prudential@gmail.com

Wednesday, December 1, 2021

Income Replacement

Fakhrul Barkhaya
Income Replacement

Cuba bayangkan, bagaimana keadaannya jika satu hari nanti kita diuji dengan masalah kesihatan yang menyebabkan kita tidak boleh bekerja untuk menjana pendapatan.

Bagaimana dengan perbelanjaan harian keluarga?
Bagaimana dengan belanja sekolah anak-anak?
Bagaimana dengan hutang rumah dan kereta?
Bagaimana dengan belanja bil hospital?

Betul, masih ada mereka yang mampu menjana pendapatan walaupun hanya dengan berbaring di katil, asalkan jari masih kuat untuk menekan butang telefon. Tetapi tidak ramai. 

Kebanyakan dari kita masih perlu keluar untuk bekerja dan menjana pendapatan.

*

Mahukah anda, saya kongsikan bagaimana ikhtiar yang kita boleh rencanakan bagi membantu dikala kita ditimpa musibah yang melibatkan kesihatan. 

Boleh terus roger saya, tanpa rasa segan atau ngilu.

wasap.my/601112116873
wasap.my/601112116873
wasap.my/601112116873

#takaful
#prubsn
#muqmeengroup
#perlindungan
#incomeprotection

 

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...