Monday, December 13, 2021

Keluarga Kecil Saya

Keluarga Kecil Saya
Keluarga Kecil Saya

Ada yang tanya, kenapa perlu kita sebagai ketua keluarga menyediakan Hibah Takaful (Income Replacement).

Di sini saya nak kongsikan sebab dan pandangan saya sendiri kenapa saya menyediakan Hibah Takaful untuk isteri dan anak-anak. Setiap orang mungkin ada sebab yang berbeza. Setiap kali melihat wajah-wajah kesayangan, pasti saya terfikir bagaimana agaknya mereka jika saya yang pergi dulu.

Secara jujurnya, setelah saya buatkan perlindungan takaful terhadapat semua hutang dan aset saya dengan Hibah Takaful, jauh di sudut hati ada rasa TENANG. 

SAYANG
Kerana saya sayangkan mereka. Saya tak nak orang yang saya sayang merana setelah saya tiada. Kenapa mereka mungkin merana? Jika saya tidak sediakan sejumlah wang mencukupi, bagaimana mereka ingin meneruskan hidup dalam keadaan yang sama seperti sekarang setelah saya tiada. Bagaimana dengan susu dan pampers Ali? Bagaimana dengan kelas Kumon Zahra? Bagaimana dengan perbelanjaan harian? 

HUTANG
Saya tak nak orang yang saya sayang terpaksa berkorban dan merana hanya kerana untuk membayar hutang-hutang saya. Sesungguhnya saya banyak hutang dan saya tahu hutang perlu dijelaskan walaubagaimana sekali pun. Jika saya tidak sediakan sejumlah wang yang mencukupi, mungkin isteri saya terpaksa melakukan lebih dari satu kerja untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang-hutang saya. Bagaimana mungkin sebagai seorang suami sanggup membiarkan isteri kesayangan saya perlu berkorban dek kerana kesilapan saya yang tidak menyediakan sejumlah wang untuk mereka setelah saya tiada. 
Bagaiman isteri saya hendak tumpukan perhatian kepada anak-anak sedangkan dia juga perlu melakukan kerja tambahan. Pasti dia akan sangat penat. HuHuHu

SENGSARA
Saya tak nak orang yang saya sayang seperti Sudah Jatuh Di Timpa Tangga. Sudahlah sedih dengan berita kehilangan, terpaksa pula memikirkan tentang bagaiman hendak meneruskan kehidupan dengan keadaan sebegitu. Mungin ditambah dengan masalah-masalah lain yang tidak terduga. Paling tidak pun, dengan sejumlah wang yang saya sediakan untuk mereka dapat membantu mereka meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya, Hibah Takaful ini adalah salah satu USAHA / IKHTIAR kita. 
Selebihnya tetap kena berdoa dan berserah pada Allah. 
Kita tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang. 

***

Nota Ikhlas,

Kepada mereka yang belum ada menyediakan Hibah Takaful, boleh terus hubungi Ejen Insurans kesayangan dan kepercayaan anda. Saya percaya ramai ejen yang boleh dipercayai diluar sana.
Dapatkan khidmat nasihat dari mereka.

Kalau nak hubungi saya pun boleh... ☺
Wasap je terus saya : +601112116873

No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...