 |
| Tempat Kerja Abang Man |
(Berdasarkan Kisah Benar)
Kisah Abang Man
Abang Man merupakan seorang lelaki berusia awal 30-an yang bekerja sebagai jurutera di dalam bidang Minyak dan Gas. Skop kerja Abang Man bersekitar tentang projek di pelantar minyak persisir pantai. Projek beliau menjangkaui dari semenanjung Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak. Banyak yang beliau telah lalui di sepanjang kerjaya beliau.
Kerja beliau di pelantar persisir pantai memang sangat mencabar. Semasa berada di pelantar, banyak kemalangan yang boleh berlaku jika ada hanya sedikit kesilapan. Sebelum memulakan sebarang kerja di pelantar, banyak prosedur yang perlu di patuhi. Bagi pekerja, pekerja perlu menjalani beberapa siri ujian dan latihan sebelum membolehkan seseorang itu untuk bekerja di pelantar persisir pantai.
Dengan mengambil kira semua kemungkinan yang akan berlaku, Abang Man mengambil keputusan untuk memiliki Medical Card dibawah Prudential BSN Takaful sebagai langkah persediaan jika berlaku kecelakaan yang tidak diduga. Abang Man memang tidak sesekali ingin berlaku segala macam kemalangan ditempat kerja atau dimana-mana sahaja. Tiada siapa yang ingin ditimpa kemalangan. Tetapi Abang Man ingin memiliki medical card ini sebagai langkah persediaan awal.
Tahun 2017
Abang Man diuji dengan penyakit Batu Karang yang tidak diduga. Siapa menyangka akan diuji dengan sakit batu karang diusia yang begitu muda. Abang Man mendapatkan rawatan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dan kos rawatan di anggarkan sekitar RM 13,000.00. Walaupun Abang Man mempunyai duit simpanan yang banyak, bayaran bil hospital dan rawatan Abang Man di tanggung sepenuhnya oleh Prudential BSN Takaful. Kos rawatan Abang Man sedikit pun tidak menjejaskan duit simpanan beliau.
Tahun 2020
Abang Man diuji pula dengan masalah Kekurangan Potassium ketika beliau bekerja di selatan tanah air. Beliau secara tiba-tiba terasa seperti lumpuh separuh badan tanpa diduga. Ketika itu beliau sedang berehat dirumah kerana sejak dari pagi badan rasa tidak selesa. Menjelang petang, beliau terus menghubungi sahabat yang berada berdekatan untuk membawa beliau ke Hospital KPJ Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Selepas mendapatkan rawatan selama 3 hari di hospital, Abang Man dibenarkan pulang dengan membawa bil hospital sebanyak RM 10,000.00. Alhamdulillah, Abang Man sekali lagi tidak perlu menggunakan duit simpanan beliau untuk membayar bil hospital kerana bil hospital beliau dibayar sepenuhnya oleh Medical Card yang beliau miliki.
Tahun 2021
Batu Karang sekali lagi mendatangi beliau. Kali ini lebih dasyat. Februari - Sekitar jam 3 pagi, Abang Man terasa sakit yang amat sangat menyerang bahagian belakang pinggang beliau. Sakit yang amat sangat membuatkan Abang Man kaku seketika tidak mampu berfikir apa tindakan yang harus dilakukan. Selang beberapa ketika, rasa sakit mula reda, barulah Abang Man terlintas untuk pergi ke hospital. Abang Man terus bergegas ke hospital kerajaan berhampiran untuk rawatan lanjut. Pihak hospital terus menjalankan proses X-ray dan mengesyaki adanya Batu Karang. Pihak hospital membuat temujanji pada Ogos 2021 untuk membuat MRI.
Selang seminggu, sakit datang lagi. Abang Man mampu bertahan kali ini.
Jun - Abang Man mendapati ada kehadiran darah di dalam air kencing beliau. Beliau merasakan ini adalah petanda bahawa Batu Karang yang mendiami tubuhnya kini semakin mengganas. Abang Man tidak mampu lagi menunggu temujanji yang telah ditetapkan pada Ogos 2021. Abang Man nekad untuk terus ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut. Apabila sampai di Hospital Gleneagles, pihak hospital terus membuat MRI dan mengesahkan tentang kehadiran batu karang. Pembedahan perlu dilakukan segera sebelum keadaan Abang Man menjadi semakin teruk.
Hari berikutnya pihak hospital terus menjalankan pembedahan pembuangan batu karang. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Apabila Abang Man mula sedar dari katil yang empuk dan layanan mesra dari pihak hospital, Abang Man terfikir, berapakah bil pembedahan kali ini. Adakah sama dengan yang sebelum ini? Yang pastinya kali ini lebih mahal.
Alhamdulillah, Abang Man sekali lagi tidak perlu menggunakan duit simpanan beliau kerana Medical Card beliau membayar secara penuh kos rawatan yang bernilai RM 30,000.00.
***
Kesimpulannya, kisah Abang Man ni sedikit sebanyak boleh dijadikan pedoman dan tauladan kepada kita semua untuk lebih bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan yang melanda. Abang Man juga tidak menyangka apa yang telah berlaku kepadanya, semuanya adalah ketentuan yang maha Esa. Kita hanya mampu merancang, merancanglah dengan sebaiknya dan teruskan berdoa dan bertawakal kepadaNya.
Medical Card ini umpama kad ajaib yang boleh membantu kita di kala susah. Dengan limit sehingga RM 200,000.00 setahun dan tiada had sepanjang hidup, kad ajaib ini memang lebih manfaatnya dari Kad Kredit platinum yang kita miliki dari mana-mana bank. 😊
***
Jika ada yang ingin bertanyakan tentang Kad Ajaib ini, boleh terus hubungi saya:
Call / SMS / Whatsapp : +01112116873
Email : fakhrul.prudential@gmail.com
Facebook Profile : Fakhrul Barkhaya
Facebook Page : Fakhrul Barkhaya
Blog : fakhrulbarkhaya.blogspot.com
#MedicalCard #KadAjaib #TakHensemTakPeYangPentingAdaMedicalCard #TakHensemTakPeYangPentingAdaHibah #FakhrulBarkhaya #Prudential