![]() |
| Marina Island, Lumut |
Petang itu selepas aktiviti sukan di sekolah, Wan Zack Haikal Daniel Karim (WZHDK) pulang ke rumah seperti biasa.
Aktiviti sukan disekolah habis awal hari ini kerana cuaca yang kurang baik. Langit begitu gelap, menandakan hujan kan turun.
Semasa WZHDK sedang berbasikal melalui kawasan perumahan, titisan hujan mula terasa. WZHDK melajukan kayuhan basikalnya dengan harapan sempat sampai ke rumah sebelum hujan lebat.
Tetapi harapan WZHDK hanya tinggal harapan, dengan tidak semena-mena hujan turun dengan lebat sekali, membuatkan WZHDK tidak dapat meneruskan kayuhan emas beliau. Beliau tumpang berteduh di salah sebuah rumah di kawasan perumahan tersebut.
Sedang WZHDK berteduh, tiba-tiba pintu rumah terbuka. Dengar suara memanggil nama beliau dari dalam rumah. WZHDK sangat terkejut kerana rumah yang dia tumpang berteduh itu adalah rumah Che'gu Suraya. Che'gu Suraya merupakan salah seorang Che'gu di sekolah WZHDK. Che'gu Suraya mengajar subjek Bahasa Melayu. WZHDK memang suka dengan cara Che'gu Suraya mengajar.
Che'gu Suraya memanggil WZHDK untuk masuk ke rumah kerana hujan diluar begitu lebat dan WZHDK sedang basah kuyup. Dengan keadaan basah, memang tidak sesuai untuk WZHDK masuk ke rumah Che'gu Suraya. Che'gu Suraya menghulurkan tuala dan sepersalinan pakain kepunyaan arwah suami Che'gu Suraya untuk WZHDK tukar. Kalau tak tukar, nanti demam pula. WZHDK akur dengan arahan Che'gu Suraya.
Setelah menukar pakaian, WZHDK ke ruang tamu. Dilihat Che'gu Suraya sedang menanti diruang tamu bersama teh o suam dan biskut kering. Kebetulan anak-anak Che'gu Suraya berada di rumah ibunya. WZHDK terus duduk dan bercerita bersama Che'gu Suraya. Banyak topik yang dibincangkan, antaranya tentang keluarga.
Barulah WZHDK tahu bahawa Che'gu Suraya baru kehilangan suami pada 3 bulan yang lalu. WZHDK bersimpati dengan nasib yang menimpa Che'gu Suraya. WZHDK agak hairan kerana walaupun kehilangan suami, tetapi kehidupan Che'gu Suraya dan anak-anak sedikit pun tidak terjejas. WZHDK terus bertanyakan kepada Che'gu Suraya.
Barulah WZHDK tahu bahawa, semasa suami Che'gu Suraya masih hidup, suami beliau telah menyediakan HIBAH kepada Che'gu Suraya dan anak-anak yang bernilai RM 1,000,000.00. Sebab itulah kehidupan Che'gu Suraya tidak terjejas selepas kematian suami.
Hujan pun reda, dan WZHDK meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Jauh di dalam hati WZHDK menanam semangat untuk mengambil HIBAH apabila dia mula bekerja nanti.
Nama dan watak adalah rekaan semata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia.
Kepada sesiapa yang berminat untuk tahu lebih tentang HIBAH, boleh terus roger saya.
Email : fakhrul.prudential@gmail.com

No comments:
Post a Comment