Saturday, August 7, 2021

Bahaya Scaffolding

Fakhrul Barkhaya
Papan Scaffolding

Scaffolding atau perancah merupakan antara peralatan yang penting untuk kerja-kerja di pelantar minyak persisir pantai. Set scaffolding ini terdiri daripada papan, tube, pelbagai jenis clamp, base plate dan dawai. 

Di pelantar minyak, scaffolding ini akan digunakan sebagai binaan yang akan memudahkan pekerja udi tempat yang sukar di capai pada keadaan biasa. Contohnya apabila ingin memamasang valve 4" 150# di tempat yang tinggi melebihi 2 meter. Bagaimana mungkin valve tersebut boleh di pasang dengan sempurna jika tiada scaffolding yang dibina bagi memudahkan urusan pemasangan.

Antara contoh lain adalah apabila ingin memasang paip di kawasan 'overboard'. Overboard merupakan kawasan kerja di mana di bawahnya tiada struktur pelantar, terus ke laut. Scaffolding di perlukan sebagai binaan sementara bagi memudahkan kerja pemasangan paip tersebut.

Bagi kerja-kerja yang memerlukan 'pressurize habitat' digunakan bagi melakukan kerja-kerja panas (Hot Work), sekali lagi scaffolding diperlukan untuk membina kerangka bagi memasang pressurize habitat tersebut.

Untuk membina binaan scaffolding ini pekerja terlatih adalah sangat diperlukan. Tidak semua orang boleh melakukan binaan scaffolding. Setiap scaffolder perlu menjalani latihah supaya dapat membina scaffolding dengan lebih utuh. Setelah binaan scaffolding siap dibina, binaan tersebut perlu diperiksa oleh scaffolding inspector bagi memastikan binaan scaffolding tersebut menepati piawaian yang telah di tetapkan. Setelah memastikan binaan scaffolding itu selamat, scaffolding inspector akan meletak kan 'green tag' pada binaan tersebut bagi menandakan binaan tersebut telah selamat untuk digunakan.

Scaffolding ini ada bahayanya tersendiri, antaranya adalah semasa proses mengendalikan scaffolding material itu. Kecederaan yang mungkin boleh berlaku adalah jari tersepit, terjatuh dan mengangkat bebanan melebihi had.

Mereka yang bekerja di atas scaffolding itu juga terdedah kepada bahaya terjatuh dari binaan scaffolding. Setiap lebihan binaan scaffolding yang tajam dan berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan perlu di bungkus dengan sempurna.

Kesan daripada kemalangan disebabkan scaffolding ini tidak boleh dipandang begitu sahaja kerana ianya mungkin akan menyebabkan kecederaan yang serius atau kematian.

Sama-sama kita memastikan kawan-kawan kita yang bekerja melibatkan scaffolding ini untuk sentiasa menjaga keselamatan mereka.

***

Malang tidak berbau. Apakah persediaan kita jika kemalangan berlaku?

Hubungi saya untuk kita bercerita lebih lanjut tentang macam mana HIBAH boleh membantu kita.

Call / SMS / Whatsapp : +601112116873
Facebook Profile          : Fakhrul Barkhaya
Facebook Page             : Fakhrul Barkhaya
Email                            : fakhrul.prudential@gmail.com 

No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...