Monday, August 9, 2021

Bahaya Boat Transfer

Fakhrul Barkhaya
Boat Transfer

 

Kebanyakan pelantar minyak persisir pantai Petronas di sebelah perairan Sabah & Sarawak menggunakan teknik Boat Transfer bagi memindahkan pekerja dari Fast Crew Boat (FCB) ke Pelantar atau sebaliknya. Boat transfer juga digunakan bagi pergerakan pekerja dari FCB ke Accommodation Work Boat (AWB) atau sebaliknya.

Proses pemindahan ini nampak mudah. Memang mudah jika cuaca elok dan laut tidak bergelora. Pemindahan akan jadi sangat sukar dan bahaya jika cuaca buruk dan arus laut kuat. Ini kerana kedudukan pelantar minyak adalah tetap, tetapi tidak disebelah AWB atau FCB. Pergerakan ini akan menjadikan ruang antara FCB dan pelantar sentiasa berubah ketinggian dan jarak.

Pengemudi FCB perlu bijak untuk mengawal FCB supaya tidak menjadi begitu liar sehingga menyukarkan proses pemindahakan. 

Ketika ini, sedikit pengalaman ditambah dengan ilmu dan kesabaran memang sangat mebantu bagi proses pemindahan. Semasa di kursus BOSIET juga ada di ajarkan bagaiman cara untuk melakukan boat transfer dengan betul. Tetapi keadaan di tempat latihan dan keadaan sebenar agak berbeza.

Saya pernah melihat didepan mata saya sendiri bagaimana sahabat saya hampir terjatuh ke dalam laut semasa proses pemindahan. Kalau tidak silap saya, ketika itu di Projek Semarang Pipeline Replacement sekitar tahun 2009. Kami dari pelantar ingin pulang ke kediaman kami di AWB Ocean 6. Cuaca tidak begitu teruk, cuma gelombang kadang-kadang besar menyebabkan FCB dan AWB tidak sama ketinggian. Sabahat saya tersalah membuat anggaran ketika melompat, syukur ada pihak yang menjaga sempat memegang beliau.

Ramai orang-orang lama yang tidak memandang ini sebagai satu proses merbahaya seterusnya akan berpotensi menyebabkan berlakunya kemalangan jika hanya dengan sedikit kesilapan teknikal.

Terjatuh ke dalam air semasa proses pemindahan boleh menyebabkan bahaya jika terkena pada struktur pelantar atau mungkin juga boleh dihimpit oleh FCB yang sentiasa bergerak. Besar kesannya jika berlaku kemalangan. Bagaimana pula dengan keluarga yang sedang menunggu kepulangan di darat? Fikirkan lah.

Sedikit kelalaian kita mungkin akan menyebabkan kesan yang besar kepada orang lain.

#bahayaboattransfer #offshorelife #kehidupandilaut #orangmelihat #kitamerasa 


No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...