Thursday, August 19, 2021

Masalah Boleh Bina Pendapatan

Fakhrul Barkhaya
Melihat Masalah

Ada orang yang merenung jauh lautan sebagai masalah kerana terpisah sementara dari keluarga untuk mencai rezeki. Tetapi masalah tersebut hanyalah sementara kerana dengan kerja yang dilakukan itu akan menjana pendapatan seterusnya dapat membantu keluarga meneruskan kehidupan.

Setiap manusia yang normal pasti kita tidak akan terlepas dari masalah. Masalah boleh datang dari pelbagai sudut. Antaranya adalah masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah fizikal pada badan manusia, masalah kewangan, masalah di tempat kerja dan pelbagai jenis masalah lagi.

Bagaiman masalah ini boleh menjadi sumber pendapatan?

Cuba kita lihat sebagai contoh Masalah Fizikal Pada Badan. Antara masalah yang biasa di alami adalah keguguran rambut. Keguguran rambut ini jika tidak diatasi di peringat awal, ia mungkin akan menyebabkan rambut akan terus gugur dengan banyak seterusnya menyebabkan kebotakkan. Ada orang yang tidak boleh menerima hakikat akan kebotakkan, dan ada juga orang yang melihat botak itu adalah satu simbol keseksian.

Bagi mereka yang melihat kebotakkan rambut itu sebagai masalah, pastinya mereka akan mencari solusi bagi menyekat rambut dari terus gugur. Disini akan ada pihak pengeluar shampoo mempromosikan kelebihan shampoo mereka anti-keguguran rambut. Akan ada juga syarikat yang mengeluarkan tonik rambut bagi menjadikan rambut lebih sihat dan subur seterusnya mengelakkan keguguran.

Begitu juga dengan masalah kesihatan. Kita sememangnya tidak dapat menjangkakan apa akan berlaku di masa hadapan. Sebab itu perlunya kepada persediaan dari segi penyediaan Medical Card dan Hibah.

Ini sekaligus kembali kepada bagaimana cara kita melihat setiap masalah tersebut. Jika kita melihat masalah tersebut sebagai sesuatu yang negatif, secara langsung kita akan terus menjadi negatif dan kita telah menyekat dari otak kita untuk berfikir dengan cara lebih rasional.

Cuba kita memandang setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.

Sekian, terima kasih.

Fakhrul Barkhaya
Perunding Kewangan Kesayangan Anda

No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...