Sunday, August 22, 2021

Makan Gaji VS Berniaga

Fakhrul Barkhaya
Pekerja

Sesungguhnya makan gaji atau berniaga adalah dua perkara yang sama. Kedua duanya tetap perlu bekerja untuk mendapatkan hasil. Cuma perbezaannya adalah hari segi perlaksanaan dan hasil.

Bagi mereka yang makan gaji, mereka perlu melaksanakan tugas yang telah ditetapkan. Itu adalah amanah dan perlu dan wajib dilaksanakan. Dan sebagai balasan untuk kerja tersebut, pekerja akan dibayar gaji di setiap hujung bulan seperti yang telah dipersetujui. 

Antara risiko mereka yang bekerja makan gaji adalah bagaimana dengan keberkatan jika masa bekerja itu tidak sepenuhnya digunakan untuk urusan kerja? Mungkin ada masanya kita ada urusan luar yang perlu diselesaikan. Ini antara sebab ramai di antara kita yang keluar dari dunia makan gaji dan berniaga.

Orang yang berniaga ini pula tinggi tawakalnya kerana setiap usaha yang dilakukan, tiada penetapan terhadap pembayaran gaji di hujung bulan. Tetapi perlu diketahui bahawa sesungguhnya Allah itu maha kaya. Sebagai orang yang berniaga, sangat perlu menjaga hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan yang maha memberi rezeki. Kita hanya usahakan yang terbaik, disusuli doa dan tawakkal, selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Sesungguhnya tiada penetapan bahawa adalah hanya mereka yang berniaga merupakan orang yang berjaya. Ini kerana berjaya itu besar definasinya dan bergantung kepada individu itu sendiri apakah kejayaan baginya. Kita jangan sesekali menghukum orang lain oleh kerana pemikiran mereka tidak sama seperti kita. Adalah lebih baik di raikan semua pandangan dan nasihat tidak kisah dari siapa pun. Asalkan ianya boleh dijadikan pedoman dan tauladan. 

Sekian, terima kasih.

Fakhrul Barkhaya
Perunding Kewangan Kesayangan Anda

No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...