![]() |
| Ilustrasi Operasi HDD |
HDD - Horizontal Directional Drilling
HDD ini kebiasaannya diguna pakai ketika projek pemasangan paip di darat yang melibatkan paip yang perlu dipasang melintasi jalan atau sungai tanpa mengganggu gugat struktur asal jalan atau sungai.
Sebelum proses HDD dimulakan, kajian terhadapat tanah dikawasan tersebut perlu dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui tanah jenis apa yang ada disitu dan juga utiliti apa yang sudah tertanam dikawasan tersebut. Antara utiliti yang mungkin ada adalah kabel dan pipe.
Kira-kira terperinci perlu dibuat sebelum proses penarikan bermula. Ini adalah penting untuk menentukan sudut untuk paip itu membengkok. Terlebih bengkok akan menyebabkan paip patah.
Selepas urusan kajian disiapkan dan HDD sudah bersedia, terdapat minimum 3 langkah untuk pemasangan paip menggunakan HDD.
Langkah 1 (Pilot)
HDD akan mula mengorek tanah di sebelah A sehingga kepala Pilot itu tembus di sebelah B. Pilot yang digunakan adalah bersaiz kecil. Ini adalah kerana untuk memudahkan proses penggerudian.
Langkah 2 (Reaming) * kalau tak silap
Pilot akan ditanggalkan dan digantikan dengan kepala Preaming. Reaming ini adalah untuk menjadikan laluan yang telah digerudi tadi sesuai dengan saiz paip yang akan di pasang. Reaming akan bermula di lokasi B dan berakhir di lokasi A.
Langkah 3 (Pulling)
Pilot dihantar sekali lagi ke lokasi B. Kali ini kepala pilot di sambung terus kepada paip. Setelah dipasang sempurna, paip akan ditarik perlahan-lahan memasuki laluan yang telah dibuat tadi bermula dari lokasi B ke lokasi A.
Disclaimer:
Nota adalah berdasarkan pengalaman sebenar dan mungkin ada kekurangan dan kesilapan. Sebarang kesilapan harap di maafkan.
Jangan percaya 100%, sila rujuk kepada yang lebih pakar.
Sekian terima kasih.

No comments:
Post a Comment