![]() |
| Pre Mob Briefing |
Apakah itu Pre Mob Briefing?
Pre Mob Briefing adalah satu sesi taklimat yang di lakukan sebelum semua pekerja memulakan kerja di pelantar minyak persisir pantai. Pre Mob Briefing ini penting kerana untuk memberikan gambaran awal kepada pekerja tentang semua perkara yang akan berlaku disepanjang projek di laut nanti.
Siapakah yang perlu hadir?
Antara pihak yang perlu hadir untuk sesi taklimat ini adalah pengurusan dari pihak client, pengurusan dari pihak kontraktor dan yang paling penting dan yang diraikan adalah pekerja yang akan bekerja di pelantar minyak nanti.
Apakah yang dibincangkan?
Antara perkara yang akan dibincangkan semasa sesi taklimat ini adalah peringatan tentang:
1. Keselamatan dan apa-apa yang berkaitan dengan isu keselamatan. Sesi ini akan diuruskan oleh pihak HSE (Health, Safety & Environment). Semasa sesi ini, HSE akan kongsikan polisi syarikat, jangkaan syarikat, harapan syarikat dan apa-apa isu berkaitan keselamatan.
2. Kualiti.Sesi ini akan diuruskan oleh pihak Qa/Qc (Quality Assurance / Quality Control). Semua pekerja perlu tahu dan faham apa kehendak syarikat berkaitan pematuhan kualiti. Pematuhan terhadapan kualiti ini akan memberikan impak yang besar kepada kelancaran projek.
3. Skop kerja. Sesi ini diuruskan oleh pihak PMT (Project Management Team) syarikat. Semua pekerja perlu tahu dan betul-betul faham apa skop kerja yang akan dilakukan. Akan diterangkan juga tentang durasi dan perjalanan projek. Penerangan ringkas akan diberikan. Untuk penerangan yang lebih terperinci, pihak PMT akan uruskan satu sesi lain berdasarkan pecahan jawatan masing-masing supaya penyampaian akan lebih tepat dan jitu.
4. Taklimat atau amanat ringkas dari pihak pengurusan. Ini membuktikan bahawa pihak pengurusan mengambil berat tentang isu pekerja dan betul-betul ingin pekerja bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa mengambil mudah isu keselamatan dan kualiti.
Ketika diluar musim pendemik, sesi ini biasanya akan dilakukan di hotel berhampiran tempat berlepas ke pelantar minyak. Ini adalah supaya semua pekerja dapat berkumpul dan berkenalan dengan lebih rapat dan mesra. Kemesraan ini yang akan membuatkan semua pekerja akan rasa lebih seronok untuk bekerja.
Memandangkan kita berada di musim pendemik Covid-19 sekarang, sesi Pre Mob Briefing dilakukan secara diatas talian. Kemesraan itu dilihat ada sedikit kurang kerana tidak dapat bertemu muka, tetapi matlamat utama Pre Mob Briefing tetap harus sampai dan difahami.

No comments:
Post a Comment