Monday, August 30, 2021

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Fakhrul Barkhaya
Selamat Hari Merdeka!


Betapa beruntungnya kita kerana dilahirkan dalam suasana negara yang sudah merdeka. 
Cuba bayangkan bagaimana jika kita dilahirkan pada zaman sebelum kemerdekaan. Seperti yang kita tengok dalam filem atau drama, betapa seksanya mereka yang hidup di zaman sebelum kemerdekaan.

Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kemerdekaan ini adalah satu nikmat yang besar dan perlu di syukuri.

Jangan sesekali kita leka dan lalai dengan nikmat kemerdekaan ini. 
Semangat kemerdekaan ini juga perlu disalurkan kepada generasi akan datang iaitu anak-anak kita. 

Definisi MERDEKA sebenarnya besar dan terpulang kepada setiap individu. 
Walau apa pun definisi Merdeka dari sudut pandang kita, jangan sesekali bercanggah dari Al-Quran dan Sunnah supaya kita tidak terbabas dan tergelincir dari landasan yang betul. 

Mari kita sama-sama doakan supaya nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini berkekalan. 

Nota:
Bebas HUTANG merupakan antara definisi MERDEKA saya. 😊

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...