Sunday, December 19, 2021

Jangan Keliru Tentang Takaful

Takaful
Takaful Itu Pilihan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan-kawan.

Hari ni saya nak kongsikan tentang 3 produk asas dalam Takaful. Kita biasa dengar orang sebut Takaful, tapi adakah kita betul-betul faham apa manfaat Takaful ni kepada kita.  

Takut-takut, kita salah faham dan akhirnya kita tak dapat mencapai matlamat sebenar kita ambil Takaful tersebut.

1. MEDICAL CARD

Manfaat perlindungan terhadapat Kesihatan. Jika ditimpa dengan masalah kesihatan, kad ini akan membantu kita untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera di hospital swasta. 

Bukan hendak menafikan kehebatan hospital kerajaan, hospital kerajaan memang dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik ditambah pula dengan doktor dan staff yang terbaik. 

Tetapi hospital kerajaan tidak mampu menampung kadar pesakit yang tinggi. Oleh kerana itu, pihak hospital perlu menyusun temu janji pesakit, mengikut kesesuaian.

Bagi mereka yang berkemampuan, adalah sangat baik jika mampu menyediakan Medical Card.

Terdapat juga beberapa manfaat tambahan yang boleh ditambah bagi menjadikan polisi tersebut lebih bermanfaat seperti:
- Manfaat sakit kritikal
- Manfaat simpanan

2. HIBAH TAKAFUL

Lebih dikenali sebagai Income Replacement. Manfaat ini memberikan kelebihan kepada waris selepas pemegang polisi ditimpa Kematian Atau Cacat Kekal Menyeluruh. 

Waris akan diberikan secara terus sejumlah wang tunai dalam kadar segera. 

Wang tunai ini dapat membantu waris untuk:
- Mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka
- Meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa ada gangguan dari segi kewangan
- Mengurangkan beban waris yang ditinggalkan

Terdapat juga beberapa manfaat tambahan yang boleh ditambah bagi menjadikan polisi tersebut lebih bermanfaat seperti:
- Manfaat sakit kritikal
- Manfaat simpanan

3. PELABURAN

Pelaburan untuk manfaat jangka masa panjang. Pelaburan ini boleh dijadikan sebagai perancangan hari tua dan juga pendidikan anak. 

Walaupun pulangan yang dijanjikan tidak setinggi instrumen pelaburan yang lain, tetapi pelaburan takaful ini lebih selamat dan pulangan juga agak baik.

Kekuatan utama pelaburan takaful ini adalah manfaat perlindungan sakit kritikal. Jika pemegang polisi di diagnos dengan sakit kritikal, pemegang polisi tidak lagi perlu membayar caruman bulanan, tetapi perlindungan pelaburan tetap akan diteruskan sehingga tamat polisi beserta pulangan.

***

Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh terus hubungi saya, Ejen Pekoy.
Call / Whatsapp : +601112116873


No comments:

Post a Comment

Belum Terlambat

Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku.  Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...