| Doa Menaiki Kenderaan |
| Doa Menaiki Kenderaan |
| Nanti Jadi Apa-Apa, Kita Ni Bukan Berduit Sangat |
Ini merupakan antara ayat keramat yang menyebabkan saya berfikir dan terus berfikir. Sebelum ni saya mati-mati ingatkan bahawa Perlindungan Takaful ni hanya untuk orang kaya sahaja. Sebab apa? Sebab hanya orang kaya yang mampu bayar bulanan duit takaful.
Rupa rupanya bila dibuat sedikit perkiraan, memang benar lah bahawa Perlindungan Takaful ni bukan hanya untuk orang kaya sahaja, tetapi untuk semua lapisan masyarakat tak kira status atau jumlah pendapatan. Apa yang penting adalah KESEDARAN.
Adalah menjadi tanggungjawab para ejen insurans takaful untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat supaya masyarakat lebih memahami apakah fungsi takaful dan bagaimana takaful boleh membantu memudahkan kehidupan kita jika berlaku sebarang musibah yang tidak diduga.
Perkara yang paling penting perlu difahami adalah, Takaful bukan lah JAMINAN yang pasti. Semuanya dari Allah juga. Takaful adalah salah satu usaha atau ikhtiar kita, selebihnya kita serahkan pada Allah. InsyaAllah...
*
Antara produk asas takaful adalah:
*
Kepada mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Takaful, boleh terus hubungi saya. Saya bukan lah yang terbaik, tetapi insyaAllah saya akan cuba yang terbaik semampu saya untuk berikan yang terbaik kepada anda.
| Peluang Berniaga Di Bandar |
Ramai di antara kita yang memilih untuk berniaga sendiri atas sebab dan alasan masing-masing. Walau apa pun sebab dan alasan anda untuk berniaga, anda tetap perlu ada perlindungan terhadap kesihatan anda.
Sangat penting untuk orang yang berniaga sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat supaya dapat terus bertenaga melakukan pelbagai aktiviti memajukan perniagaan.
Namun, kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku kepada kita, terutamanya dari aspek kesihatan. Berapa ramai orang yang kita lihat disekeliling kita menjaga pemakanan dan melakukan senaman, tetapi tetap diuji dengan masalah kesihatan.
Kita memang tidak dapat menolak ujian Allah terhadap kita, tetapi kita boleh membuat perancangan dan persediaan bagi mengurangkan beban atau impak jika diuji dengan masalah kesihatan.
Dengan peningkatan kos rawatan yang begitu ketara, para peniaga memang sangat disarankan supaya memiliki perlindungan kesihatan.
Cuba bayangkan, apabila kita perlu mengeluarkan sejumlah wang RM 30,000.00 hanya untuk pembedahan batu karang di hospital swasta. Setelah banyak tenaga dan masa yang digunakan bagi menabung RM 30,000.00, wang tersebut hilang begitu sahaja hanya dalam 3 hari. Tidak dapat tidak, duit tetap perlu dikeluarkan.
Syukurlah jika masih ada duit simpanan, bagaimana jika tiada? Terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan ruang bagi pembedahan di hospital kerajaan. Sepanjang tempoh menunggu, rasa sakit tetap akan ada. Bagaimana dengan perniagaan?
Bukan hendak menafikan kemampuan hospital kerajaan, cuma di hospital kerajaan, perlu berbaris lama untuk mendapatkan giliran bagi membuat pembedahan batu karang.
*
Kami di Prudential BSN Takaful, ada menyediakan perlindungan kesihatan (Medical Card) serendah RM 150 / bulan * tertakluk pada terma dan syarat, untuk perlindungan RM 200,000.00 setahun dan TIADA limit sepanjang hidup.
Dengan memiliki Medical Card ini, anda tidak perlu lagi risau jika diuji dengan masalah kesihatan kerana InsyaAllah medical card ini akan menjadi pembantu anda di kala memerlukan. Bukan bantuan dari segi mengurangkan rasa sakit, bantuan dengan cara mempercepatkan proses pembedahan dengan menjalani pembedahan di hospital swasta tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan anda sendiri.
| Kos Rawatan Hospital Kerajaan dan Swasta |
| Bersediakah Kita |
![]() |
| Lovely FAMILY |
Hibah
merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu
yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub
lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat.
Menurut
Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda
boleh menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful anda sebagai
pelaksana atau sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat selepas anda
meninggal dunia. Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat
adalah satu peruntukan istimewa untuk memastikan orang tersayang anda menerima
manfaat anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang berpanjangan atau
menunggu untuk harta diagihkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka anda di
samping aset-aset anda yang lain.
Kelebihan hibah bersyarat
dalam takaful
Apabila anda
menamakan benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat kematian takaful anda
akan dikecualikan daripada faraid secara automatik (pembahagian aset dan harta
pusaka menurut undang-undang perwarisan Islam) selepas anda meninggal dunia.
Proses ini boleh menjadi proses yang merumitkan dan memakan masa yang lama untuk
dilaksanakan. Dengan menamakan benefisiari, anda boleh memastikan orang
tersayang menerima manfaat sijil takaful anda tanpa perlu melalui prosedur
pewarisan yang panjang.
Walau
bagaimanapun, di bawah hibah bersyarat, anda boleh menjadikan mereka sebagai
penerima manfaat kematian sijil takaful anda yang akan mengecualikan
manfaat-manfaat yang sama itu daripada pengagihan harta pusaka anda. Ini
memberikan akses langsung kepada penama untuk mengakses manfaat kematian anda
dan membenarkan mereka untuk menggunakan dana tersebut menurut budi bicara
mereka.
Secara
alternatifnya, anda juga boleh menyerahkan hibah anda kepada pelaksana, yang
kemudian bertanggungjawab untuk mengagihkan manfaat kematian takaful anda
menurut faraid.
Meninggalkan
hibah kepada keluarga anda boleh memberi anda ketenangan minda, khususnya
mengetahui bahawa orang tersayang anda akan dijaga dan tidak akan mengalami
masalah kewangan kerana pemergian anda. Keluarga anda juga, akan berasa
bersyukur kerana mempunyai penimbal kewangan untuk menampung kehidupan mereka
semasa mereka kembali menjadi stabil.
Manfaat
hibah terbaik dengan PruBSN WarisanPlus
Jika anda mencari
suatu pelan komprehensif perlindungan tinggi yang merangkumi manfaat kematian
yang boleh dihadiahkan kepada orang tersayang anda sebagai hibah berserta
perlindungan kemalangan, anda perlukan PruBSN WarisanPlus.
Pelan
takaful ini direka dengan tujuan untuk memberikan jaminan dan perlindungan
untuk anda dan orang tersayang. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100
sebulan, anda akan mendapat akses pada jumlah perlindungan minimum sebanyak
RM350,000* apabila anda meninggal dunia atau mengalami ketidakupayaan kekal.
Selain itu, keadaan kematian anda tertentu yang berlaku kerana kemalangan akan
menaikkan jumlah perlindungan manfaat kematian anda, seperti:
Hibah boleh
menyara dan melindungi keluarga anda dan orang tersayang untuk tempoh masa yang
lama, walaupun anda sudah tiada bersama mereka.
Bukan
sekadar hibah
Selain jumlah
perlindungan minimum yang lumayan, PruBSN WarisanPlus juga merangkumi beberapa
manfaat seperti:
Mula
menyertai PruBSN WarisanPlus
Menjadi peserta
PruBSN WarisanPlus sememangnya sangat mudah. Pelan ini boleh disertai kanak-kanak
seawal umur 14 hari, dan umur maksimum 70 tahun bagi peserta-peserta baharu.
PruBSN
WarisanPlus bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam. Bukan penganut agama
Islam juga boleh menamakan orang tersayang mereka untuk menerima manfaat
kematian takaful di bawah hibah bersyarat, atau manfaat tersebut boleh
diagihkan oleh seorang pelaksana yang perlu mematui Akta Harta Pusaka dan
Pentadbiran 1959 [Akta 97].
Malang
memang tidak berbau, jadi rancang legasi anda hari ini dengan PruBSN
WarisanPlus dan menamakan orang tersayang anda sebagai benefisiari hibah
bersyarat anda. Bantu keluarga anda mengharungi kesakitan emosi dan masalah
kewangan yang mungkin dihadapi setelah kehilangan anda dengan meninggalkan satu
hadiah kecil kepada mereka untuk memudahkan perjalanan hidup mereka pada masa
hadapan.
Untuk
maklumat lanjut mengenai PruBSN WarisanPlus, hubungi mana-mana Ejen Takaful
kami hari ini!
*
***
Hubungi Saya untuk keterangan lanjut:
Belum Terlambat Yang dah lepas biarkan berlalu. Tidak guna dikesalkan apa yang telah berlaku. Apa yang penting adalah tindakan kita sekaran...