![]() |
| Jalan Bahagia VS Jalan Derita |
Jalan raya merupakan antara medium yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia di dalam melaksanakan aktiviti harian.
Jalan digunakan untuk pergi ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, pergi ke pasar atau ke kedai dan bermacam tujuan lagi.
Di atas jalan raya terdapat pelbagai jenis kenderaan daripada yang besar sehinggalah yang kecil. Di jalan raya juga pastinya bukan hanya kita sahaja, ada berbagai jenis ragam dan sikap manusia.
Adakalanya kita dah cukup berhati-hati, tetapi ada pula pihak lain yang cuai dan kecuaian ini mungkin akan mengakibatkan kecelakaan.
Kita pastinya pernah melihat beberapa rakaman video menunjukkan bagaimana orang yang tidak bersalah menjadi mangsa di atas kesilapan atau kecuaian pengguna jalan raya yang lain.
Ini pastinya membuatkan kita berfikir, jika kita seorang sahaja yang berhati-hati sebenarnya masih belum mencukupi untuk menjadi jaminan kita akan selamat.
Sebab itu kita digalakkan untuk memulakan setiap perkara dengan doa. Begitu juga sebelum kita memulakan perjalanan, ada doa yang telah disarankan. Semoga dengan pengharapan kita kepada Allah melalui doa itu, Allah akan memudahkan setiap perjalanan kita.
Selain daripada itu, sangat elok sekiranya kita ada ada sedikit persediaan dari segi harta untuk keluarga yang bakal ditinggalkan jika berlaku kecelakaan di jalan tanpa diduga.
Persediaan yang saya maksudkan adalah seperti HIBAH yang dapat membantu mengurangkan beban kepada waris yang tinggal.
Sila hubungi saya untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai kenapa HIBAH ini penting.

No comments:
Post a Comment