![]() |
| Makanan Sihat |
Makan Jangan Sebarang Makan
Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang enak-enak. Ini adalah kerana faktor Malaysia didiami oleh pelbagai bangsa, agama dan etnik yang hidup dalam suasana aman sejahtera.
Antara punca utama penyakit adalah MAKANAN. Kita memang sangat digalakkan untuk menjaga pemakanan kita. Jangan main makan je semua benda.
Di usia muda, memang seronok untuk makan semua makanan yang sedap-sedap tanpa menghiraukan apakah kesan atau akibat jangka masa panjang tentang apa yang kita makan.
Dah ramai sahabat-sahabat kita yang kita tahu mengidap pelbagai penyakit di usia muda. Antara penyakit yang sebelum ini hanya dihidapi oleh golongan tua kini sudah mula menjadi kebiasaaan di kalangan muda adalah Gout, Buah Pinggang dan Jantung.
Memang betul semua itu dari Allah, tetapi paling tidak pun kita ada usaha untuk menjaga pemakanan kita disamping jangan lupa berdoa dan meminta dengan Allah segala kebaikan.
Boleh rujuk kepada banyak laman web di internet untuk mengetahui bagaimana cara pemakanan yang sihat. Boleh juga bertanyakan kepada penasihat pemakanan yang bertauliah.
***
Jaga makan ini juga tidak tertakluk kepada bahan untuk membuat makanan itu sahaja. Perlu dilihat juga, sumber kewangan untuk membeli makanan tersebut. Adakah sumber itu dari sumber yang halal lagi baik? Sama-sama kita renungkan.
Ini penting kerana makanan yang kita makan dan beri kepada anak isteri kita makan, akan jadi darah daging. Jika sumber itu bersih dan halal, insyaAllah akan ada keberkatan.
Nota:
Mari kita sama-sama sedaya upaya berusaha untuk menjaga apa yang kita MAKAN.
#kitajagakita #kitajagamakan

No comments:
Post a Comment